Thursday, 21 August 2014

Prosedur Perkahwinan Di Selangor

Prosedur Pihak Pengantin Lelaki (Pakistan)

1. Lengkapkan Borang 1 dan 2A.
Daftar dan lengkapkan borang secara online di ncr.jais.gov.my

    Dokumen yang perlu disertakan bersama borang-borang tersebut:
    a. Salinan Paspot
    b. Salinan Kad Pengenalan/Paspot Saksi
    c. Surat Akuan Bujang dari Kedutaan
    d. Surat Kebenaran dari Imigresen
    e. HIV Test

2. Dapatkan Pengesahan dari Penolong Pendaftar Nikah Kariah (PPN).
Print borang yang dah lengkap diisi (tanpa tarikh dan tandatangan) dan dapatkan pengesahan dan sokongan daripada PPN. Bawa bersama 2 orang saksi lelaki semasa proses pengesahan borang tersebut. Pemohon yang nak berkahwin dan 2 saksi tu akan turunkan tandatangan di depan PPN sebelum PPN sahkan permohonan tu dengan tandatangan beliau dan cop rasmi. Tulis tarikh hari pengesahan dibuat.

3. Dapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).
Selepas semua pengesahan pada borang dah dibuat, hantar borang permohonan kahwin tersebut ke PAID untuk dapatkan kelulusan. Bayar RM10 dan Surat Kebenaran Berkahwin akan dikeluarkan dalam masa satu hari.

4. Serahkan kebenaran berkahwin kepada pihak perempuan.
Surat Kebenaran Berkahwin tersebut perlu diberi kepada pasangan untuk tindakan seterusnya.


Prosedur Pihak Pengantin Perempuan (Malaysia)

1. Hadir Kursus Pra Perkahwinan.
Boleh ikuti kursus di mana-mana tempat di Malaysia, asalkan diiktiraf oleh Jabatan Agam Islam Negeri. I pergi dulu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

2. Lengkapkan Borang 2C dan 2D.
Daftar dan lengkapkan borang secara online di ncr.jais.gov.my

    Dokumen yang diperlukan disertakan bersama borang-borang tersebut:
    a. Salinan Kad Pengenalan
    b. Salinan Kad Pengenalan/Paspot Saksi
    c. Salinan Kad Pengenalan Wali
    d. Sijil Nikah or Sijil Cerai Ibu Bapa ( semua anak perempuan perlu )
    e. Sijil Kematian Wali
    f. Kebenaran berkahwin lelaki
    g. HIV Test
    h. Sijil Kursus Kahwin

3. Dapatkan Pengesahan dari PPN.

4. Dapatkan kebenaran berkahwin dari PAID.
Serahkan semua borang dan dokumen ke PAID. Bayar RM10 dan dapatkan Surat Kebenaran Berkahwin. Permohonan akan diproses dalam masa 1 hari bekerja. Kemudian serahkan kepada PPN.

6. Akad Nikah dijalankan.

7. Ambil Surat Perakuan Nikah di JAIS / PAID dalam masa 7 hari bekerja.

No comments:

Post a Comment