Mukadimah

Mulanya I sedikit sangsi. Dia kurus, seumpama alien. Mungkinkah darahnya hijau? Ataupun dia ada ekor? Ada tanduk? Namun, bila diamati, dia juga manusia biasa, berdarah merah, berjambang dan berjanggut kambing (goatie) di muka. Kesangsian ini hilang saat dia bertanyakan “surau mana?”. Saat itu juga I doa (lebih kurang begini), “Jika dia jodohku, maka dekatkanlah dirinya kepadaku Ya Allah”. Dia bukan seperti si kumbang-si kumbang yang pernah I kenali dulu. Kumbang-kumbang berterbangan, I juga terbuai-buai ditiup angin.
Syukur alhamdulillah. Setelah berjumpa famili I, semuanya kelihatan lebih jelas. Biasalah permulaannya famili susah nak terima. Macam-macam persoalan timbul. Ada yang ternganga, ada yang keluar biji mata, ada yang rambut tiba-tiba kembang tapi bila dah bertentang mata, jelaskan apa yang terhasrat di hati, semua faham walaupun masih takut kerana nampak dia sebagai alien, bukan sebagai makhluk Allah.
Hampir tiga bulan berlalu sehinggalah tiba Harijadi Agung, I diikat dengan sebentuk cincin. Tiada hadiah atau barang sampingan diberikan. I pun tidak minta. Ringkas dan mudah. I tidak mahu membebankan dia. Dia lelaki, punya tanggungjawab yang besar terhadap keluarganya. Ha, baru u tau rugi sebab I ni bukan high maintenance. Nampak je begitu tapi tidak. I suka permudahkan apa yang patut dimudahkan. Ikut cara Islam atau adat kaum? Nak redha Allah atau manusia? Faham-faham sendirilah.

I’m engaged! Hati suka? Gembira? Biarlah I, dia dan Allah je tahu. Walaupun hampir 90% dunia menentang terutamanya kawan yang I sangka baik tapi berpura-pura dan mengata-ngata, I tetap teruskan juga. 
Semoga Allah permudahkan urusan kami dalam usaha menghalalkan hubungan ini.

No comments:

Post a Comment