Wednesday, 27 August 2014

Foreign Worker Work Permit Cancellation/Pembatalan Permit Kerja Warga Asing

Pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PL(KS)) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen hendaklah membatalkan permit kerja sebelum membuat permohonan untuk berkahwin.

Cara membatalkan permit kerja:

Majikan atau agensi pekerjaan berdaftar hendaklah mengemukakan permohonan Check Out Memo (C.O.M) atau Memo Periksa Keluar dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan dokumen berikut:

a. Surat permohonan dari majikan/agensi pekerjaan berdaftar
b. Paspot asal pekerja
c. Salinan tiket kapal terbang ke negara asal
d. Borang C.O.M 

Kemudian Jabatan Imigresen Malaysia akan mengeluarkan 3 C.O.M yang dicop asal. Satu untuk simpanan majikan. Dua lagi untuk simpanan si dia.

C.O.M tersebut jangan lupa bawa bersama. Masa check-in flight untuk balik ke Pakistan, dia diminta untuk tunjukkan C.O.M tersebut. Nasiblah dia bawa.

Tempoh 'berkabung' selepas balik ke Pakistan adalah 3 bulan, kemudian baru boleh masuk Malaysia semula menggunakan Pas Lawatan Sosial.

6 comments:

  1. HAI BOLEH TAU CHECK OUT MEMO TU SAYA PERLU DAPATKAN DIMANA?

    ReplyDelete
  2. DI JABATAN IMIGRESEN PUTRAJAYA. AMBIL NO. GILIRAN NYATAKAN KITA NAK BUAT CHECK OUT MEMO.

    ReplyDelete
  3. Hi pagi,kalau warga Bangladesh pun prosedur yang sama ke?

    ReplyDelete
  4. Bole ker klu kita da buat check out memo, kemudian nk batalkan c. O. M?

    ReplyDelete
  5. please help any way how to cancel c.o.m? miscommunication

    ReplyDelete
  6. kalau berpindah majikan, macam mana dia punya prosedur?

    ReplyDelete